Papan iklan digital dekat Lebuhraya Persekutuan terbakar
SHAH ALAM - Suasana sekitar Lebuhraya Persekutuan di sini gempar apabila sebuah papan iklan yang terletak berdekatan sebuah sekolah berhampiran lebuh raya berkenaan terbakar pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.15 tengah hari.
"Seramai 17 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petaling Jaya dibantu BBP Petaling Jaya, BBP Jalan Penchala, BBP Subang Jaya dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.
"Kebakaran melibatkan sembilan individu dan kesemua mereka berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, operasi menyelamat kemudiannya ditamatkan pada jam 3.45 petang.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!