Suami isteri diberkas tampal bendera Israel di restoran makanan segera

Hussein
Hussein
A
A
A

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Pasangan suami isteri diberkas gara-gara menampal pelekat bendera Israel di sebuah restoran makanan segera di Kajang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua individu yang merupakan warga tempatan berumur 20-an itu ditahan di sekitar daerah sama pada awal pagi Jumaat.

"Laporan berkaitan kejadian diterima pada semalam (Khamis), susulan itu siasatan segera dijalankan sehingga membawa kepada tangkapan dua suspek.

"Selain itu, turut dirampas sebuah kenderaan digunakan suspek ketika kejadian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Pejabat Pengurusan Pentadbiran Lapangan Terbang (AMC) di sini pada Jumaat.

Hussein berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Sementara itu beliau berkata, polis Selangor menerima tujuh laporan kes restoran makanan segera dicoteng dan ditulis dengan perkataan jelik di negeri itu bagi tempoh 28 Mei hingga semalam, dipercayai sebagai tanda boikot berhubung isu Palestin-Israel.

Menurutnya, empat kes berlaku di Sungai Buloh, dua di Kajang dan satu di Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan:

"Di Sungai Buloh dan Petaling Jaya, suspek telah menconteng premis dengan perkataan jelik manakala di Kajang pula premis ditampal bendera Israel," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!