Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian

Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi meluas di platform media sosial. Foto Agensi
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi meluas di platform media sosial. Foto Agensi
A
A
A

PARIS - Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali menerusi akaun Instagram sejak Isnin selepas serangan maut di kem didiami penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di bandar Gaza.

Imej itu menggambarkan deretan khemah yang terbentang di padang pasir dan dibayangi pergunungan, merujuk kepada ratusan ribu rakyat Palestin melarikan diri dari kempen ketenteraan Israel menentang Hamas.

Pelakon Chile-Amerika Syarikat, Pedro Pascal; model terkenal, Bella dan Gigi Hadid yang berkerturunan Palestin serta bintang bola sepak Perancis, Ousmane Dembele antara selebriti yang berkongsi imej itu di akaun Instagram masing-masing.

Menurut pemantau dalam talian, slogan 'All eye on Rafah' juga telah dikongsi secara meluas di rangkaian media sosial lain terutama di platform X di mana setiap tanda pagar #alleyeonrafah telah menarik hampir satu juta hit.

Platform X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter menyaksikan 27.5 juta mesej yang diterbitkan dalam tempoh tiga hari serangan di bandar terletak di selatan Gaza bersempadanan dengan Mesir.

Kementerian Kesihatan Gaza dikendalikan Hamas berkata, serangan Israel ke atas kem itu sehingga mencetuskan kebakaran pada hari Ahad membunuh 45 orang dan mencederakan 249 yang lain.

Perang Gaza paling maut dicetuskan oleh serangan Hamas pada 7 Oktober yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel selatan yang mengakibatkan jumlah korban meningkat kepada 36, 224 orang. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!