Lelaki warga emas maut, isteri parah kereta bertembung lori

Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Batu 8 Kampung Sapong, Jalan Tenom Kemabong, Tenom.
Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Batu 8 Kampung Sapong, Jalan Tenom Kemabong, Tenom.
A
A
A

TENOM - Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya parah dalam kemalangan di Batu 8 Kampung Sapong, Jalan Tenom Kemabong, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, kenderaan yang dinaiki pasangan suami isteri masing-masing berusia 66 dan 71 tahun itu bertembung dengan lori 10 tan yang membawa muatan tong berisi klorin.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tenom, Mudi Pengiran berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.46 pagi.

Menurutnya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 11 kilometer dari BBP Tenom.

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara yang bertembung dengan lori 10 tan membawa muatan empat tong yang mana salah satunya berisi klorin.

"Terdapat tiga mangsa terlibat terdiri daripada dua mangsa dalam Perodua Kembara. Seorang mangsa lelaki berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya.

Keadaan kenderaan mangsa remuk akibat bertembung dengan lori dalam kejadian di Batu 8 Kampung Sapong, Jalan Tenom Kemabong, Tenom.
Keadaan kenderaan mangsa remuk akibat bertembung dengan lori dalam kejadian di Batu 8 Kampung Sapong, Jalan Tenom Kemabong, Tenom.

Tambah beliau lagi, seorang lagi mangsa wanita yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Tenom sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang maut diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Pemandu lori lelaki berusia 46 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurut Mudi, operasi ditamatkan pada jam 1.17 petang selepas pihaknya memastikan keadaan lokasi selamat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!