Kerajaan Persekutuan sokong cadangan pembinaan jambatan Labuan-Sabah

Anwar diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa ketika mengadakan lawatan ke Terminal Feri RORO Labuan hari ini. Foto Bernama
Anwar diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa ketika mengadakan lawatan ke Terminal Feri RORO Labuan hari ini. Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Kerajaan Persekutuan hari ini menzahirkan sokongan terhadap cadangan pembinaan jambatan bagi menghubungkan Pulau Labuan dan tanah besar Sabah yang sudah lama tertangguh sementara menunggu laporan komprehensif mengenai implikasinya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru itu, kajian teknikal sedia ada berhubung cadangan itu perlu dikemas kini untuk memberikan gambaran sebenar mengenai keadaan semasa.

"Pembinaan jambatan ini adalah sebuah projek mega yang memerlukan persiapan rapi... saya telah dimaklumkan bahawa terdapat kajian teknikal yang boleh digunakan sebagai garis panduan.

"Bagaimanapun, pakar telah menyatakan bahawa kajian itu tidak boleh digunakan secara keseluruhan dan perlu ditambah baik serta disesuaikan dengan keadaan semasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Terminal Feri Roll-on Roll-off di sini hari ini.

Sepanjang lawatan kerja beliau ke pulau bebas cukai itu, Anwar turut mengambil peluang untuk meninjau keadaan dan aliran trafik di terminal berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri mendengar taklimat mengenai Pembuktian Konsep (POC) Bandar Pintar Labuan di Wisma Perbadanan Labuan iaitu sebuah projek rintis yang dikuasakan oleh teknologi 5.5G di rantau ASEAN. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!