Polis Sepanyol rampas 11 tan jersi bola sepak tiruan

Polis Sepanyol berjaya menumpaskan sindiket baju jersi tiruan untuk diedarkan menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan Euro 2024. - Agensi
Polis Sepanyol berjaya menumpaskan sindiket baju jersi tiruan untuk diedarkan menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan Euro 2024. - Agensi
A
A
A

MADRID - Polis Sepanyol merampas lebih 11 tan baju jersi bola sepak tiruan dalam usaha membanteras barangan palsu menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan Euro 2024.

Semasa menggeledah 15 trak, pegawai menemui jersi pelbagai kelab bola sepak Sepanyol dan pasukan kebangsaan Eropah bersama jam tangan mewah tiruan, barangan kulit dan peralatan elektronik.

"Barangan tiruan itu akan dihantar ke beberapa organisasi yang berpangkalan di Sepanyol dan mengedarkannya melalui kedai tepi jalan, laman sosial dan laman web," kata kenyataan itu.

Polis berkata, mereka merampas lebih 46,000 barangan tiruan termasuk lebih 36,500 jersi yang bernilai lebih daripada 6 juta euro (RM30.6 juta).

Operasi itu bermula pada April selepas Sepanyol merampas kira-kira dua tan jersi tiruan bola sepak dari China.

"Rampasan besar-besaran itu memberi petanda bahawa penghantaran besar-besaran barangan tiruan akan tiba di Sepanyol untuk dihantar kepada kedai yang akan menjualnya di pasaran gelap sempena perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan Euro 2024," tambahnya.

Jerman akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir Euro 2024 yang berlangsung pada 14 Jun hingga 14 Julai 2024. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!