'Terima kasih Tun sudi kongsi ilmu' - Rita Rudaini

Rita Rudaini meluahkan rasa teruja dan bangga apabila diberi peluang untuk bertemu dengan Negawaran Terulung yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Tun turut menitipkan nasihat buat anak sulung Rita, Airit Rayyan Rizqin (kanan).
Rita Rudaini meluahkan rasa teruja dan bangga apabila diberi peluang untuk bertemu dengan Negawaran Terulung yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Tun turut menitipkan nasihat buat anak sulung Rita, Airit Rayyan Rizqin (kanan).
A
A
A

AKTRES Rita Rudaini meluahkan rasa teruja dan bangga apabila diberi peluang untuk bertemu dengan Negawaran Terulung yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Tidak keseorangan, pertemuan di pejabat Tun Mahathir itu turut disertai dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna berkunjung ke pejabat negarawan disegani itu.

“Kenangan berharga yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.

“Terima kasih Tun sudi kongsi ilmu kepada saya dan anak-anak. Aura Tun sangat kuat. Meremang bulu roma saat kami ketika melangkah masuk dan bersua muka. Orang hebat, auranya pun hebat,” kongsi wanita berusia 48 tahun itu.

Dalam pada itu, Tun M sempat menitipkan nasihat buat anak sulung Rita, Airit Rayyan Rizqin.

“Saya ucapkan moga cemerlang. Untuk itu kena rajin membaca, bekerja dan segala-galanya.

“Insya-ALLAH akan mendapat kecemerlangan dan hidup yang lebih sempurna,” ujar beliau.

Dalam pertemuan itu, Rita sempat menyampaikan cenderahati kepada Tun Mahathir atas peluang yang berharga.

Artikel Berkaitan:

“Saya doakan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi ALLAH SWT.

“Rezeki kami hari ini berjumpa orang yang hebat. Tidak bersembang, banyak lagi soalan yang hendak ditanya.

“Rayyan dan Arjuna teruja sungguh berjumpa negarawan,” luahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!