1.2 juta pelajar IPT terima manfaat pemberian baucar buku RM100

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada murid sekolah rendah bermula Tahun 4, pelajar sekolah menengah dan IPT.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada murid sekolah rendah bermula Tahun 4, pelajar sekolah menengah dan IPT.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 1.2 juta pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) warga Malaysia menerima manfaat pemberian baucar pembelian buku RM100.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan, inisiatif tersebut dilaksana secara berperingkat bermula 1 Jun hingga 31 Disember.

Bagi fasa pertama, penyaluran akan dilaksanakan melalui kaedah e-baucar dan KPT akan menawarkan 50,000 e-baucar sebagai menyokong Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024).

"Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal GREaT – Graduate Reference Hub for Employment and Training kendalian KPT iaitu https://great.mohe.gov.my bermula jam 10 pagi Sabtu," katanya pada Jumaat.

Ujar KPT, penebusan kod baucar yang terjana di portal GREaT hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara dalam talian di platform BookCapital sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi.

"Baki baucar buku selebihnya akan disalurkan pada fasa berikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak," jelas kementerian itu.

Tambah KPT, pemilihan BookCapital di bawah kelolaan Perbadanan Kota Buku yang juga merupakan penganjur bersama PBAKL 2024 adalah bagi memudahkan pengguna sepanjang berlangsungnya pesta buku itu

Penggunaan platform lain akan digunakan pada fasa berikutnya.

Artikel Berkaitan:

"KPT berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat menyemarakkan budaya membaca, malah turut bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan," jelas KPT.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!