Furiosa: A Mad Max Saga hampir sempurna

Filem ini akan mendedahkan bagaimana permulaan hidup Furiosa.
Filem ini akan mendedahkan bagaimana permulaan hidup Furiosa.
A
A
A

BAGI peminat setia Mad Max, siri kelima dalam francais ini iaitu Furiosa: A Mad Max Saga adalah sebuah filem wajib tonton, kerana ia merupakan 'spin-off' dan prekuel kepada Mad Max: Fury Road (2015).

Naskhah yang sekali lagi diarahkan George Miller itu akan membawa penonton mengenali asal usul Imperator Furiosa atau Furiosa meliputi asal-usulnya dan bagaimana dia mula berkhidmat sebagai pemandu kepercayaan Immortan Joe.

Namun jangan bimbang bagi anda yang tidak pernah menonton mana-mana siri Mad Max, kerana Furiosa: A Mad Max Saga ibarat sebuah cerita permulaan.

Penuh aksi dan debaran, gandingan tiga pelakon ini beri nafas segar kepada penonton.
Penuh aksi dan debaran, gandingan tiga pelakon ini beri nafas segar kepada penonton.

Berbalik kepada filem terbitan Kennedy Miller Mitchell dan Domain Entertainment ini, Furiosa: A Mad Max Saga menyaksikan gandingan pertama kali Anya Taylor-Joy sebagai Furiosa bersama Chris Hemsworth (sebagai Dementus), manakala Alyla Browne membawakan watak Furiosa semasa kecil dan remaja serta Tom Burke.

Mengapa penulis katakan filem ini masih boleh difahami biarpun anda tidak pernah menyaksikan empat siri sebelum ini?

Ini kerana Miller telah menyusun Furiosa: A Mad Max Saga kepada lima bahagian dalam satu filem iaitu asal-usul Furiosa dan bagaimana dia terpisah daripada ibunya, kumpulan yang diketuai Dementus, tentera fanatik Immortan Joe, Pekan Minyak sehinggalah ke ladang peluru.

Dalam pada itu juga, penonton akan disajikan bagaimana usaha Furiosa melarikan diri untuk pulang ke tempat asalnya dan dalam masa sama membalas dendam terhadap Dementus.

Artikel Berkaitan:

Hemsworth akhirnya berjaya lari daripada bayangan Thor.
Hemsworth akhirnya berjaya lari daripada bayangan Thor.

Walaupun filem ini berdurasi lebih dua jam, namun penonton tidak akan terasa tempoh yang lama itu kerana 'dipukau' dengan aksi mantap Taylor-Joy.

Tidak mustahil, dia akan menjadi heroin Hollywood pada masa akan datang. Tidak hanya sekadar aksi dan ketangkasan semata-mata, Taylor-Joy berjaya memukau penonton dengan emosi menerusi lirikan mata dan lontaran dialog yang cukup mantap.

Begitu juga dengan Hemsworth, berjaya lari daripada imej Thor yang selama ini mengikutinya. Tampil dengan lakonan sebagai lelaki yang menjengkelkan dan mementingkan diri, Hemsworth akan membuatkan penonton membencinya sejak awal hingga ke akhir filem.

Secara keseluruhannya, Furiosa: A Mad Max Saga adalah sebuah filem yang menarik dan wajib tonton, lebih-lebih lagi yang meminati francais Mad Max.

No Image Caption

Furiosa: A Mad Max Saga

PENGARAH: George Miller

PELAKON: Anya Taylor-Joy, Chris Hemsworth, Tom Burke

GENRE: Aksi / Penggembaran / Sains Fiksyen / Thriller

DURASI: 2 Jam 29 Minit

KLASIFIKASI: 16

TAYANGAN: 23 Mei 2024

BINTANG: 4/5

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!