Harimau Malaya tumbangkan Bos Gaurus satu gol di Bukit Jalil

Safawi Rasid (kiri) menjadi taruhan Pan-gon ketika berdepan Perak di Bukit Jalil. Foto: FAM
Safawi Rasid (kiri) menjadi taruhan Pan-gon ketika berdepan Perak di Bukit Jalil. Foto: FAM
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya mendapat tonik semangat menjelang baki kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, apabila menjinakkan kelab Liga Super, Perak FC 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Jumaat.

Gol minit ke-17, yang dijelmakan Daniel Ting sudah cukup membolehkan anak buah Kim Pan-gon meredakan sedikit tekanan selepas kehilangan khidmat Faizal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Darren Lok akibat kecederaan.

The Bos Gaurus kendalian Yusri Che Lah yang melakar kemenangan pertama liga selepas menewaskan Kedah Darul Aman 2-0 di Alor Setar pada 24 Mei lalu sebelum ini tampil menurunkan kesebelasan terbaik.

Perak yang berada di kedudukan kelapan liga sebelum ini menyingkap kempen dengan kekalahan 1-3 kepada Terengganu FC diikuti tewas 2-3 kepada PDRM FC.

Akhyar Rashid (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Perak dalam perlawanan tertutup tersebut. Foto: FAM
Akhyar Rashid (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Perak dalam perlawanan tertutup tersebut. Foto: FAM

Sebagai rekod, angkatan Pan-gon sedang dalam persiapan mengharungi baki saingan Kumpulan D menentang Kyrgyzstan di Bishkek (6 Jun) sebelum melabuh kempen berdepan Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil (11 Jun).

Malaysia kini berada di kedudukan ketiga selepas mengharungi empat perlawanan dengan mengumpul enam mata.

Sementara itu, Kyrgyzstan dan Oman masing-masing dengan sembilan mata manakala Taiwan pula di tangga terakhir kumpulan tanpa mata.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!