Gabungan tahfiz dan akademik pilihan ibu bapa

Nurul Huda dan Nordimam bersama anak sulung mereka, Nor Adilah (tengah).
Nurul Huda dan Nordimam bersama anak sulung mereka, Nor Adilah (tengah).
A
A
A

TEMERLOH - Pendidikan akademik dan keperluan diri secara holistik selain memiliki kelebihan bergelar hafiz dan hafizah merupakan faktor institusi tahfiz menjadi pilihan ibu bapa masa kini.

Bekas guru, Nurul Huda Abdul Majid, 43, bersama suaminya, Nordimam Nordin, 44, memilih menghantar anak sulung mereka, Nor Adilah Afiqah, 18, ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di Kuantan dan berjaya meraih 10A dalam peperiksaan SPM 2023.

“Bagi saya, pembelajaran di tahfiz dapat membantu membentuk sahsiah diri anak-anak dan ia memang impian kami sejak awal untuk menghantar anak ke tahfiz seperti MTNP.

“Saya nampak kelebihan pendidikan berteraskan al-Quran. Di MTNP sendiri, pelbagai modul sistematik disediakan untuk membantu pelajar,” katanya.

Menurut Nurul Huda, kewujudan tahfiz moden yang turut mementingkan akademik menjadi pilihan ibu bapa demi masa depan anak mereka.

Katanya, kecemerlangan institusi tahfiz dan sekolah agama sudah dibuktikan. Selain mampu menghafal al-Quran, sudah ramai yang turut berjaya dalam bidang akademik.

“Pendidikan yang seiring dengan perkembangan teknologi semasa sangat penting dalam persaingan hari ini.

“Saya harap lebih banyak pusat sebegini dibuka dan seterusnya dapat membuka mata ibu bapa di negara ini untuk menghantar anak mereka selain ke sekolah harian dan lain-lain,” tambah ibu kepada dua cahaya mata itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!