Masa kebangkitan generasi baharu Real Madrid

Carlo Ancelotti Foto: AFP
Carlo Ancelotti Foto: AFP
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti menuntut generasi baharu Los Blancos mengambil tanggungjawab yang akan ditinggalkan Toni Kroos dan Luka Modric apabila berdepan Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Aksi final di Stadium Wembley, England adalah penampilan terakhir buat Kroos dan Modric.

Difahamkan Kroos bakal menggantung butnya selepas kejohanan Piala Eropah 2024, manakala Modric tidak ditawarkan kontrak baharu oleh gergasi Sepanyol itu pada musim depan.

“Kami melakukannya dengan sangat baik musim ini walaupun menghadapi pelbagai kesukaran akibat kecederaan Thibaut Courtois, (Eder) Militao, (David) Alaba, namun pemain berjaya menyesuaikan diri bagi menampung kekurangan dihadapi pasukan ketika ini.

“Malah, pemain seperti Joselu, Brahim (Diaz), (Jude) Bellingham berjaya membuktikan bahawa mereka benar-benar bagus musim ini.

“Sudah tentu pengalaman Kroos dan Modric banyak membantu persekitaran serta suasana dalam skuad. Pemain veteran adalah contoh yang baik kepada pemain muda.

“Apa pun pada masa hadapan, pemain muda akan mengambil tanggungjawab lebih daripada pemain senior,” kata Ancelotti yang bertanggungjawab memacu Real dalam tiga final elit Eropah sejak sedekad lalu.

Artikel Berkaitan:

Selepas menunggu 12 tahun untuk La Decima yang diidamkan, mahkota kejuaraan Eropah ke-10 di bawah Ancelotti, Real kini telah menguasai landskap Liga Juara-Juara sejak 2014.

Los Blancos menewaskan musuh setempat Atletico Madrid 4-1 dalam final sedekad lalu, dengan barisan pemain bintang diterajui Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Gareth Bale.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!