Ibu bapa Zayn Rayyan dibawa ke mahkamah untuk direman

Zayn Rayyan
Zayn Rayyan
A
A
A

PETALING JAYA - Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.50 pagi pada Sabtu untuk direman.

Pasangan suami isteri itu yang memakai baju lokap berwarna oren akan direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan anak sulung mereka itu.

Permohonan reman akan didengar di hadapan Majistret Azura Mohd Saad.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Pada tanggal 1 Jun hari ini, negara dikejutkan dengan berita penangkapan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Abdul Matiin setelah hampir lima bulan kes itu 'menyepi' susulan tiada perkembangan terbaharu. Berdasarkan risikan dijalankan pihak polis, kedua-dua suspek itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Berikut kronologi kes tersebut. Muzik: Theatre Of Delays - Temporal Illusions dari Bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #Kronologi #ZaynRayyan

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!