Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
BEKAS pemain Manchester United, Gary Neville berpendapat kelab itu harus mengekalkan Erik ten Hag pada musim depan kerana tiada calon yang lebih layak untuk menggantikan pengendali Belanda itu.
Terdapat khabar angin sejak beberapa bulan lalu bahawa Sir Jim Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir.
United menduduki tempat kelapan dalam EPL musim ini namun, keadaan itu sedikit diselamatkan dengan kejayaan muncul juara Piala FA menewaskan Manchester City.
Kemenangan itu mendakwa bahawa Ten Hag telah meningkatkan sokongan daripada beberapa pengurusan United dan mereka bakal membuat keputusan mengenai masa depannya minggu ini.
Neville menganggap Ten Hag telah mendapat hak untuk meneruskan kerjanya di kelab itu walaupun prestasi di EPL sangat mengecewakan.
“Ia (Piala FA) ternyata menjadi hari yang indah. Dan persembahan hebat selepas musim yang mengerikan mungkin mengubah segala-galanya untuk Erik ten Hag.
“Tidak syak lagi kemenangan Ten Hag dalam Piala FA telah meletakkan Manchester United dalam kedudukan yang janggal. Ini adalah musim Liga Perdana yang tidak dapat diterima untuk kelab itu.
“Sudah tentu, Ten Hag akan berhujah bahawa dia ada kekurangan (dari segi pemain) yang mencukupi seperti skuad yang konsisten untuk dipilih, terutamanya empat pemain belakangnya.
“Namun dia telah mempunyai dua piala dalam masa dua tahun. Dia telah membuktikan dia boleh memenangi trofi bersama pasukan ini. Dia telah menyamai Jose Mourinho sebagai pengurus United yang paling berjaya sejak Sir Alex Ferguson," katanya.
Mbappe sertai Real minggu depan
Dalam perkembangan berasingan, perpindahan Kylian Mbappe ke pasukan juara Sepanyol, Real Madrid akan diumumkan secara rasmi awal minggu depan, kata sumber kepada AFP.
Kapten pasukan kebangsaan Perancis itu yang akan tamat kontrak bersama PSG pada 30 Jun akan menandatangani kontrak dengan Real selepas tujuh musim di Paris.
Bagaimanapun, pihak Mbappe tidak manhu memberikan sebarang respon ketika dihubungi oleh AFP.
Jika langkah itu diumumkan seperti yang dijangkakan pada hari Isnin atau Selasa, Mbappe hanya akan diperkenalkan secara rasmi di ibu negara Sepanyol itu selepas berakhirnya Euro 2024 yang berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai.
Buat masa ini, dia dijangka kekal bersama pasukan Perancis yang berkampung di Clairefontaine sejak Rabu menjelang dua perlawanan pemanas badan Euro.
Mereka berdepan Luxembourg di Metz pada hari Rabu dan Kanada di Bordeaux empat hari kemudian.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!