SkyWorld terima anugerah emas kedua berturut-turut di FIABCI

Chee Seng (tengah) menerima anugerah yang diterima SkyWorld dalam majlis berprestij di Singapura pada Khamis.
Chee Seng (tengah) menerima anugerah yang diterima SkyWorld dalam majlis berprestij di Singapura pada Khamis.
A
A
A

PEMAJU bandar, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) merangkul anugerah emas dunia kedua berturut-turut di Anugerah Prix d’Excellence Dunia FIABCI 2024 yang diadakan di Gardens by the Bay, Singapura pada Khamis.

Dikenali sebagai 'Oscars of Real Estate', majlis anugerah berprestij itu meraikan kecemerlangan dalam pembangunan hartanah di peringkat antarabangsa.

Dianjurkan oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI), anugerah itu mengiktiraf projek yang mempamerkan inovasi, kualiti, seni bina dan reka bentuk, faedah komuniti, kesan alam sekitar dan kemampanan.

Anugerah emas itu diberikan kepada SkyWorld menerusi projek SkyAwani ketiganya atau SkyAwani 3 Residences yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

SkyAwani 3 Residences menampilkan 1,905 unit pangsapuri tiga bilik tidur, dua bilik air, setiap satu dengan keluasan binaan 800 kaki persegi, berharga RM300,000 dan kesemua unitnya telah dibeli dengan begitu cepat sebaik ia dilancarkan pada 2017.

Pemimpin tertinggi SkyWorld dan kakitangannya bergambar bagi meraihkan kemenangan kali kedua berturut-turut itu.
Pemimpin tertinggi SkyWorld dan kakitangannya bergambar bagi meraihkan kemenangan kali kedua berturut-turut itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld Development Berhad, Lee Chee Seng berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan kemenangan kali kedua berturut-turut tersebut.

"Pengiktirafan daripada panel hakim antarabangsa yang terkemuka ini adalah bukti usaha berterusan kami untuk mencapai kecemerlangan. Anugerah ini juga mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan kediaman berkualiti tinggi kepada semua rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Pengiktirafan ini juga memperkuatkan lagi dedikasi SkyWorld untuk menetapkan piawaian bertaraf dunia dalam kualiti dan inovasi bagi setiap projek milik kami," katanya.

Tambahnya, SkyWorld juga komited untuk menyediakan kediaman yang memenuhi atau melepasi piawaian industri, tanpa mengira harga.

SkyAwani 3 Residences sebelum ini juga telah menerima pelbagai anugerah berprestij, termasuk Highest Residential SkyBridge in Malaysia oleh Malaysia Book of Records dan The Edge Malaysia Affordable Urban Housing Excellence Award 2023.

Selain itu, turut merangkul Anugerah Reka Bentuk Inovatif di bawah kategori Anugerah Pembangunan Mampan Cemerlang Malaysia di Anugerah Perancangan Bandar Malaysia (MUPA) PLANMalaysia 2023.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!