Remaja maut dua motosikal bertembung

Keadaan di lokasi kejadian selepas dua buah motosikal ditunggang dua remaja bertembung berdekatan Makam Diraja Terengganu, Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu pada Jumaat.
Keadaan di lokasi kejadian selepas dua buah motosikal ditunggang dua remaja bertembung berdekatan Makam Diraja Terengganu, Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu pada Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila motosikal ditunggang keduanya bertembung dalam kejadian berdekatan Makam Diraja Terengganu, Kampung Kubang Parit di sini pada Jumaat.

Nahas berlaku sekitar jam 7.04 malam itu meragut nyawa seorang pembantu kedai makan, Amirul Amin Abdussalam, 15, akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Keadaan motosikal dinaiki seorang lagi mangsa selepas bertembung dalam kejadian berdekatan Makam Diraja Terengganu, Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu pada Jumaat.
Keadaan motosikal dinaiki seorang lagi mangsa selepas bertembung dalam kejadian berdekatan Makam Diraja Terengganu, Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu pada Jumaat.

Seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megat Panji Alam, Muhammad Alahudin Fazlee, 14, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, ketika kejadian Amirul Amin yang beralamat di Taman Sinar Harapan, Bukit Besar di sini menunggang motosikal jenis Yamaha Y15.

Motosikal dinaiki mangsa yang bertembung dalam kejadian sekitar jam 7 malam pada Jumaat.
Motosikal dinaiki mangsa yang bertembung dalam kejadian sekitar jam 7 malam pada Jumaat.

Katanya, mangsa dikatakan dalam perjalanan menuju ke Makam Diraja Terengganu dari Kampung Panji di sini.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaikinya tidak sempat mengelak sebuah lagi motosikal jenis Honda C70 ditunggang Muhammad Alahudin yang datang dari arah bertentangan.

Artikel Berkaitan:

"Motosikal itu dikatakan tiba-tiba membelok ke kanan untuk menyeberang jalan menyebabkan kedua-duanya bertembung dan salah seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini pada Sabtu.

Azli berkata, berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

"Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!