Hannah Yeoh alu-alukan SPRM siasat isu kontrak suami

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu kebenaran dan bukti yang sahih daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap terhadap projek Transit Responsif Atas Permintaan (DRT).

Menurut beliau, siasatan melibatkan suaminya, Ramachandran Muniandy, sebagai pengasas bersama Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) itu disambut baik dan tidak akan menganggu proses siasatan.

“Sekarang siasatan telah bermula, saya mahu melihat kebenaran dan bukti yang mewajarkan dakwaan untuk keluar daripada siasatan ini.

"Oleh itu, tidak wajar untuk saya mengulas kerana ia boleh ditafsirkan sebagai gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

"Sebenarnya atas sebab inilah saya tidak berkata apa-apa lebih awal kerana pada pandangan saya cara terbaik ke hadapan dalam menangani dakwaan tersebut ialah menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk menyiasat," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan pihak SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Hannah daripada kerajaan Selangor.

Menurut sumber, aduan dan maklumat itu memberikan beberapa petunjuk baharu untuk diteliti.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan beberapa aduan dan maklumat telah diterima berkenaan dengan isu ini.

Artikel Berkaitan:

Asia Mobiliti dilantik oleh kerajaan Selangor sebagai satu daripada dua syarikat untuk menjalankan projek perintis percubaan bas atas permintaan selama sembilan bulan.

Dalam pada itu, Hannah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menghubungi dan menyokong beliau.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghubungi saya untuk bersolidariti," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!