LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion selenggara 'redline'

Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi
A
A
A

KUCHING - Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memohon peruntukan sekitar RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB), kata Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, redline yang membawa maksud laluan asal sedia ada yang dibina sebelum pembinaan LPB, perlu dinaik taraf agar mengikut standard projek mega berkenaan.

"Redline ini memang perlu kita sempurnakan, lebih kurang 140 kilometer...Tapi sudah sekian lama ia (redline) tidak dibina sebagai LPB, jadi sekarang (jalannya) sudah rosak jadi perlu kita sempurnakan ikut standard LPB.

"Sekarang kami di KKR tengah berusaha nak bagaimana nak mohon kewangan untuk kita bina semulalah redline itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Terbuka Gawai di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Sabtu.

Pada April, Nanta dalam kenyataannya berkata, jajaran redline yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak, akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Sibu, Bintulu, Julau dan Miri. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!