Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto PDRM
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto PDRM
A
A
A

TEMERLOH - Seorang kelindan warga Bangladesh maut selepas lori dinaiki merempuh lori lain di Kilometer (KM) 9 Jalan Jerantut -Temerloh di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.27 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kemalangan berlaku apabila lori yang dinaiki mangsa dari arah Temerloh menghala ke Jerantut telah melanggar bahagian belakang lori lain yang sedang menunggu untuk memasuki simpang kanan.

Seorang kelindan warga Bangladesh maut dalam kemalangan di KM9 Jalan Jerantut-Temerloh pada Sabtu. Foto PDRM
Seorang kelindan warga Bangladesh maut dalam kemalangan di KM9 Jalan Jerantut-Temerloh pada Sabtu. Foto PDRM

Menurutnya, pemandu lori berusia 27 tahun luka di bahagian tangan kanan dan seorang lagi pemandu lori berusia 41 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!