Nyaris maut ditimpa pokok tumbang

Sebuah kereta Proton Saga dihimpap Pokok Sena yang tumbang di Jalan Bukit Senjuang, di Banda Hilir, di sini, pada Sabtu.
Sebuah kereta Proton Saga dihimpap Pokok Sena yang tumbang di Jalan Bukit Senjuang, di Banda Hilir, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Seorang penunggang motosikal nyaris maut dalam insiden pokok berusia 50 tahun yang tumbang di Jalan Bukit Senjuang, Banda Hilir, di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 2.30 petang, mangsa berusia 40 tahun bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Komander operasi, PBK LL Hazalani Jaafar, berkata, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.40 petang.

Pasukan bomba dari BBP Padang Temu sedang melakukan kerja-kerja memotong batang pokok yang tumbang di Jalan Bukit Senjuang, di Banda Hilir, di sini, pada Sabtu.
Pasukan bomba dari BBP Padang Temu sedang melakukan kerja-kerja memotong batang pokok yang tumbang di Jalan Bukit Senjuang, di Banda Hilir, di sini, pada Sabtu.

"Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) ditempat kejadian, benar terdapat sebatang pokok sena telah tumbang merintangi jalan raya.

"Insiden itu turut menyebabkan sebatang tiang elektrik menghempap sebuah kereta jenis Proton Saga namun mangsa yang berada dalam kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Jelasnya, kerja-kerja memotong pokok masih sedang dilakukan oleh pasukannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!