Bekas Datuk Bandar ditahan disyaki terima rasuah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Datuk Bandar sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor ditahan pada Sabtu kerana disyaki menerima rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan suspek lelaki berusia 63 tahun itu kira-kira jam 4 jam petang di Pejabat SPRM Johor.

"Difahamkan, tangkapan dibuat berkaitan suspek semasa menjawat jawatan Datuk Bandar sekitar tahun 2020 hingga 2021 telah menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor.

"Ia sebagai balasan kerana telah meluluskan projek di PBT berkenaan," katanya dalam kenyataan pada malam Sabtu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru pada pagi Ahad dengan 12 pertuduhan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: