PKR Sabah susun semula Majlis Pimpinan Negeri
KOTA KINABALU - PKR Sabah hari ini mengumumkan penyusunan semula Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang diterajui pengerusinya, Datuk Mustapha Sakmud dan timbalannya, Peto Galim.
Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, ia dilakukan bagi memantapkan kepimpinan PKR negeri serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah berkata, jawatan Naib Pengerusi digalas Azmi Datu Tamboyong, Raymond Ahuar dan Roslan Sapar manakala Sazalye Donol dilantik sebagai Setiausaha.
"Di samping itu Peto Galim juga mengemudi Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) manakala Datuk Mustapha Sakmud juga bertindak selaku Pengarah Strategi," katanya dalam kenyataan malam Sabtu.
Pada 26 Mei lepas, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil mengumumkan pelantikan Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ke jawatan Pengerusi MPN PKR Sabah dengan Peto yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, sebagai timbalannya.
Barisan MPN PKR Sabah:
Pengerusi: Datuk Mustapha Sakmud
Timbalan Pengerusi: Peto Galim
Setiausaha: Sazalye Donol
Bendahari: Abdul Razak Jamil
Ketua Penerangan: Razeef Rakimin
Pengarah Komunikasi: Mohd Amin Abdul Mem
Setiausaha Pengelola: Wendey Agong Baruh
Penolong Setiausaha: Thonny Chee
Timbalan Ketua Penerangan: Milus Alu
Penolong Setiausaha Pengelola: Remysta Taylor. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!