Joachim, Sehveetrraa tawan Hong Kong

Joachim dan Sehveetrraa masing-masing muncul juara dalam kategori lelaki dan wanita pada siri keempat Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024 pada Sabtu. Foto Facebook Kenny Foo
Joachim dan Sehveetrraa masing-masing muncul juara dalam kategori lelaki dan wanita pada siri keempat Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024 pada Sabtu. Foto Facebook Kenny Foo
A
A
A

PEMAIN skuasy negara, Joachim Chuah dan Sehveetrraa Kumar masing-masing muncul juara dalam kategori lelaki dan wanita pada siri keempat Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024 pada Sabtu.

Pada aksi final berlangsung di Kelab Kriket Kowloon, Joachim yang berusia 19, pemain bukan pilihan mengejutkan pilihan ketujuh dan wakil tuan rumah Harley Lam 11-6, 11-6, 11-4.

Dalam pada itu, Sehveetrraa, menerima hadiah hari lahir ke-19 pada Isnin ini, apabila menewaskan pemain tuan rumah Ching Hei Fung, 11-7, 11-4, 11-3.

Kedua-kedua juara itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai AS$6,000 (kira-kira RM28,242).

Sementara itu, Sehveetrraa, pemain kelahiran Kedah, amat bebesar hati untuk merangkul kejuaraan keduanya selepas memenangi Terbuka Bondi 2023 di Sydney, Australia, November lalu.

"Saya rasa strategi corak permainan saya telah memaksa lawan melakukan banyak kesilapan," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi Persatuan Raket Skuasy Malaysia kepada media pada Sabtu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!