Banjir kilat: Tiga sekeluarga bermalam di PPS

Anggota APM membantu mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan. Foto ihsan APM Pontian
Anggota APM membantu mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan. Foto ihsan APM Pontian
A
A
A

PONTIAN – Tiga sekeluarga terpaksa bermalam di Surau Parit Haji Abd Rahman, di sini yang beroperasi sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan, lewat petang Sabtu.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani setakat jam 12 tengah malam Sabtu, hanya satu PPS dibuka bagi menempatkan mangsa terlibat.

“PPS berkenaan telah menempatkan tiga sekeluarga berikutan air parit yang melimpah masuk ke dalam rumah mereka dipercayai akibat hujan lebat kira-kira dua jam pada lewat petang,” katanya.

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor, Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun dan Sungai pulai di Kampung Ulu Pulai dilaporkan berada pada paras normal apabila masing-masing mencatatkan bacaan 3.85 meter dan 0.49 meter.

Sementara itu, tiada amaran ribut petir dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi negeri Johor.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!