'Kami rasa kosong'

Reaksi kecewa para pemain Dortmund selepas tewas 0-2 kepada Real dalam aksi final Liga Juara-Juara di Wembley pada Ahad. - Foto: AFP.
Reaksi kecewa para pemain Dortmund selepas tewas 0-2 kepada Real dalam aksi final Liga Juara-Juara di Wembley pada Ahad. - Foto: AFP.
A
A
A

BORUSSIA Dortmund bagai mengalami satu perasaan penyesalan tidak sudah apabila gagal menterjemahkan peluang terhidang di depan gol ketika tewas 0-2 kepada jagoan Eropah, Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara di Wembley awal pagi Ahad.

Skuad bimbingan Edin Terzic itu mendominasi perlawanan pada babak pertama, namun cubaan Niclas Fuellkrug dinafikan tiang gol, manakala Karim Adeyemi gagal menyudahkan peluang satu lawan satu dengan penjaga gol Real, Thibaut Courtois.

Perlawanan akhir itu menjadi satu pengalaman berguna buat Dortmund yang menduduki tempat kelima dalam saingan Bundesliga musim ini.

"Kami tidak menunjukkan kecekapan untuk menjaringkan gol. Ini adalah sesuatu yang perlu kami pelajari," kata Terzic.

Dortmund mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2013 ketika Wembley turut menjadi tuan rumah yang menyaksikan mereka tewas kepada Bayern Munich.

Di sebalik kekecewaan itu, Terzic mengakui anak buahnya sudah memberikan yang terbaik, begitu juga dengan peminat yang memberi sokongan padu yang luar biasa.

"Saya bangga, itu adalah perkara pertama dalam fikiran saya, saat yang membanggakan. Kami membawa hampir 100,000 penyokong ke London dan semua orang percaya kami boleh berjaya.

"Ia adalah pengalaman yang hebat tahun ini dalam Liga Juara-Juara tetapi sejujurnya ia agak kosong. Kami mempunyai peluang terbaik untuk menang tetapi malangnya tidak berjaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kesilapan Dortmund yang mensia-siakan beberapa peluang terbaik pada separuh masa pertama membawa padah apabila Dani Carvajal dan Vinicius Jr meledak gol lewat permainan untuk memastikan mahkota Eropah ke-15 milik Real.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!