Enam doktor Malaysia berjaya keluar dari Gaza

Kenyataan media Mercy Malaysia memaklumkan enam ahli Pasukan Perubatan Kecamasan berjaya dibawa keluar dari Gaza pada Ahad.
Kenyataan media Mercy Malaysia memaklumkan enam ahli Pasukan Perubatan Kecamasan berjaya dibawa keluar dari Gaza pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai enam ahli Pasukan Perubatan Kecemasan 4 selamat keluar dari Gaza dengan melintasi sempadan.

Mercy Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kejayaan mereka itu berkemungkinan melalui bantuan dan penyelarasan yang tidak ternilai dengan Sel Penyelarasan Pasukan Perubatan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO-EMTCC).

Menurutnya, pasukan tersebut tanpa jemu bekerja di lapangan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan penting dan kemanusiaan kepada penduduk setempat.

“Usaha WHO-EMTCC dalam memastikan laluan dan menjamin keselamatan sukarelawan kami adalah sangat penting.

“Kami melanjutkan setinggi-tinggi penghargaan kepada WHO-EMTCC atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Mercy Malaysia turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan kerana menerima pasukan itu ketika melintasi sempadan.

Ujarnya, pihak berkenaan memberi bantuan yang diperlukan dan memastikan kesejahteraan pasukan sepanjang peralihan tersebut.

“Kehadiran dan sokongan mereka sepanjang dalam proses membawa keluar pasukan sangat penting.

Artikel Berkaitan:

“Kakitangan kedutaan itu turut sama berada dengan pasukan dari ibu pejabat Mercy Malaysia untuk mengeluarkan mereka pasukan dari Gaza,” ujarnya.

Tambah Mercy Malaysia, sebelum ini mereka menghantar tiga Pasukan Perubatan Kecemasan secara bergilir-gilir sejak Februari 2024.

Katanya lagi, setiap pasukan memainkan peranan dalam menyampaikan rawatan perubatan kritikal dan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas akibat konflik berterusan di Gaza.

“Kami kekal dengan misi menyediakan bantuan perubatan dan kemanusiaan bantuan kepada komuniti dalam krisis, namun dalam masa sama memastikan keselamatan dan kesejahteraan sukarelawan kekal sebagai keutamaan,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!