Program Melaka Bila Larut Malam

A
A
A
Pengunjung dari dalam dan luar negeri mengambil kesempatan mengunjungi zoo pada waktu malam sempena Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) di Zoo Melaka, Sabtu malam.

Pengunjung hanya dikenakan tiket serendah RM10 seorang dan dibenarkan masuk pada jam 10 malam sebelum zoo ditutup pada jam 1 pagi.

Pengunjung akan dibawa menaiki trem, buggy dan e-bas secara percuma dan akan berhenti di beberapa lokasi kandang haiwan antaranya gajah, zirafah, kuda belang serta harimau bintang dan perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit.

Program MBLM yang merupakan antara inisiatif kerajaan negeri menarik kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024), akan dilaksanakan pada setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan bermula 11 malam hingga 2 pagi.

TMM 2024 menawarkan tiket masuk serendah RM10 bagi setiap destinasi pelancongan terlibat seperti Zoo Melaka, Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Panggung Bangsawan dan Muzium Penjara.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland

No Image Caption
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda

No Image Caption
GALERI

Festival Udara Taiping 2024