Lima kenderaan hangus bengkel terbakar
KUALA LUMPUR - Sebuah kereta dan empat motosikal musnah apabila sebuah bengkel kenderaan di jalan Loke Yew di sini terbakar awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan memaklumkan insiden kebakaran itu melalui talian MERS 999 pada jam 1.49 pagi.
Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba II Azrin Noor Ahmad berkata, seramai 48 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Pudu dan Cheras bergegas ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan sebuah bengkel kenderaan.
"Kemusnahan kebakaran dianggarkan 75 peratus yang turut mengakibatkan sebuah kereta musnah 100 peratus dan empat buah motosikal pula musnah 95 peratus," katanya.
Katanya, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!