KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’

Peniaga lelaki tersebut menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam sotong jualannya. Hantaran aduan berkenaan (kanan) mendapat perhatian KKM.
Peniaga lelaki tersebut menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam sotong jualannya. Hantaran aduan berkenaan (kanan) mendapat perhatian KKM.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) mula bertindak setelah mendapat aduan mengenai peniaga yang menggunakan ‘tong sampah’ untuk merendam sotong yang dijualnya.

Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.

Pemegang akaun @heyizwanizzat turut menyuarakan kebimbangannya dengan penggunaan tong berkenaan.

“Dia (peniaga) guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapannya, sebab ramai yang buat macam tu, tak jadi masalah.

“Agak geram jugalah dengan jawapan dia terutamanya dalam bab penyediaan makanan macam ni. @KKMPutrajaya boleh dah jalankan tugas,” luahnya di X.

Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian daripada KKM.

“Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan,” balasnya.

Sementara itu, dalam satu video berasingan yang berdurasi 59 saat, peniaga lelaki berkenaan ada membuat penjelasan.

Artikel Berkaitan:

“Rendam sotong pakai tong sampah eh? Saya pun tak tahu itu tong sampah sebab tak ada tulis kan. Main beli je dekat kedai. Kedai pun tak pesan pula, itu tong sampah.

“Saya pakai je lah sebab ramai yang lain pun pakai juga tong tu isi air untuk mandi. Bagi saya, tak ada masalah kot kalau rasa benda tu kotorlah, tak bersih.

“Tak apa kalau awak anggap macam tu sebab tong tu bukan saya isi sampah,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!