Ahmad Maslan, Shahrir hadir ke mahkamah

Ahmad Maslan dan Shahrir Samad hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir Ahmad Zahid. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Ahmad Maslan dan Shahrir Samad hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir Ahmad Zahid. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

Kedua-duanya akan menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Turut hadir ke mahkamah pagi ini bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Maslan, Shahrir Samad didakwa esok

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Shahrir pada jam 11.22 pagi manakala Ahmad pula ditahan pada 10.10 pagi hari ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

"Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!