Pemandu bas ekspres pandu melulu sudah digantung tugas - E- Mutiara

Tangkap layar pemandu bas yang memandu kenderaan dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga tular sejak Sabtu lalu
Tangkap layar pemandu bas yang memandu kenderaan dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga tular sejak Sabtu lalu
A
A
A

KOTA BHARU - Pemandu bas yang memandu kenderaan dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga tular sejak Sabtu lalu sudah digantung tugas oleh syarikat Konsurtium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) berkuatkuasa serta-merta.

Pengerusinya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, susulan itu pemandu berkenaan turut dipanggil bagi menjalankan siasatan dalaman berkait dengan kejadian terbabit.

"E-Mutiara mengambil serius perkara tersebut dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan individu yang melakukan kesalahan," katanya ketika dihubungi pemberita pada Ahad.

Pada Sabtu, tular video memaparkan tindakan seorang pemandu bas ekspres yang memandu secara berbahaya ketika cuba memotong sebuah treler di laluan berselekoh serta bergarisan putih berkembar.

Menurut beliau, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja membahayakan penumpang malah memberikan kesan tidak baik kepada syarikat.

Ujarnya, selain pemandu, syarikat juga boleh berdepan dengan tindakan daripada pihak berkuasa disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab itu.

Che Ibrahim memberitahu, sebelum ini pihaknya sudah mengambil tindakan ke atas pemandu yang dikesan melakukan kesalahan sehingga boleh membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Katanya, E-Mutiara sentiasa menitik beratkan soal keselamatan pengguna sepanjang menggunakan perkhidmatan bas di bawah kendalian syarikat berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!