Sungai Kandis bertukar biru, bukan punca dari kilang

JAS Selangor percaya aliran air berwarna biru yang dikesan pada Sabtu berpunca daripada pembuangan bahan berwarna pihak tidak bertanggungjawab.
JAS Selangor percaya aliran air berwarna biru yang dikesan pada Sabtu berpunca daripada pembuangan bahan berwarna pihak tidak bertanggungjawab.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor percaya aliran air berwarna biru ke Sungai Kandis yang dikesan pada Sabtu berpunca daripada pembuangan bahan berwarna pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarahnya, Nor Aziah Jaafar ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan JAS mendapati pelaku dipercayai membuang bahan berwarna itu pada waktu malam atau awal pagi secara 'one off'.

“Pegawai JAS membuat pemeriksaan ke lokasi semalam (Sabtu), kes masih dalam siasatan untuk mengesan pelaku.

"Di lokasi terbabit, kita ada menemui kesan percikan daripada pembuangan bahan berwarna yang dipercayai dibuang melalui saluran paip (hose).

“Siasatan juga mendapati punca bukan daripada pelepasan kilang-kilang di situ, sebaliknya JAS mengesyaki ada pihak membuang di situ secara ‘one-off’,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Terdahulu, media melaporkan aliran air berwarna biru dikesan di kawasan Jalan Sellathevan, Klang.

Aziah bagaimanapun berkata, lokasi sebenar adalah di Jalan Tayar 34/12, Taman Perindustrian Bukit Kemuning dan sampel sudah diambil untuk menentukan komposisi serta mencari pemadanan manakala sungai itu mempunyai kesan warna biru setakat petang Sabtu.

Ujarnya lagi, JAS akan terus meningkatkan pemantauan kerana kejadian seperti itu berulang semula.

Artikel Berkaitan:

“Hari ini, pegawai JAS masih ke lokasi untuk melihat keadaan sungai memandangkan petang semalam hujan lebat di kawasan itu," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!