Remaja lelaki jatuh sungai ditemukan lemas

Mangsa dikatakan terjatuh semasa turun ke Sungai Lemujan, Lepa Antu pada lebih kurang jam 11.15 pagi. - Gambar hiasan
Mangsa dikatakan terjatuh semasa turun ke Sungai Lemujan, Lepa Antu pada lebih kurang jam 11.15 pagi. - Gambar hiasan
A
A
A

SARIKE I- Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Lemujan, Pakan dekat sini pada hari pertama sambutan perayaan Hari Gawai semalam ditemukan lemas oleh orang awam pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mayat Vincent Tiong Meng Wei, 13, ditemukan jam 8.40 pagi pada jarak 50 meter ke hilir dari lokasi remaja itu dilaporkan terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada pihak polis dan keluarga mangsa, pada hari kejadian Vincent dikatakan terjatuh semasa turun ke Sungai Lemujan, Lepa Antu pada lebih kurang jam 11.15 pagi.

"Namun tiada saksi melihat mangsa jatuh, hanya jeritan suara mangsa dari arah sungai. Keluarga bertindak mengesan sendiri mangsa dan hanya menjumpai seliparnya hanyut tidak jauh dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintenden Andam@Sulin Brayun ketika dihubungi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!