Mayat lelaki hilang ditemukan tersangkut celah kayu

Mayat mangsa ditemukan tersangkut di celah kayu di Sungai Batu Bor. Foto ihsan PDRM
Mayat mangsa ditemukan tersangkut di celah kayu di Sungai Batu Bor. Foto ihsan PDRM
A
A
A

BERA - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Pahang di Kampung Serendang dekat Charuk Puting pada Selasa lalu, ditemukan lemas pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, mayat mangsa berusia 25 tahun itu ditemui tersangkut di celah kayu di Sungai Batu Bor di sini pada jam 11 pagi iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Bera untuk bedah siasat.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera untuk bedah siasat. Foto ihsan PDRM
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera untuk bedah siasat. Foto ihsan PDRM

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum itu, bapa mangsa berusia 50 tahun membuat laporan kira-kira jam 10.07 malam pada Rabu selepas anaknya tidak pulang ke rumah sejak Selasa.

Kali terakhir bapa mangsa menemui anaknya kira-kira jam 8.30 malam pada Selasa sebelum anaknya ke sungai untuk memancing.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa ditemukan kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas. Foto ihsan PDRM
Mayat mangsa ditemukan kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas. Foto ihsan PDRM

Pada Rabu, rakan mangsa kemudiannya anaknya telah terjun ke dalam sungai ketika pihak narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera membuat serbuan di rumah rakit di kampung tersebut.

Setelah mendapat makluman, bapa mangsa terus mencari anaknya di sekitar sungai tetapi tidak menemui mangsa dan membuat keputusan untuk membuat laporan polis sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pada Khamis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!