Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai

Mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam dan anggota keselamatan selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai di Kampung Amer, Besut pada pagi Ahad.
Mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam dan anggota keselamatan selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai di Kampung Amer, Besut pada pagi Ahad.
A
A
A

BESUT - Seorang penuntut universiti nyaris maut apabila kereta dipandu terbabas dan terjunam ke dalam sungai dalam kejadian di Jalan Kampung Amer, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis Kampus Arau, Nur Fatnin Insyirah Mohd Nazri, 21.

Menurutnya, insiden itu dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu untuk mengambil rakannya sebelum menuju ke Arau, Perlis.

"Sebaik melalui lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa telah terbabas dan masuk ke dalam sungai.

"Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dengan bantuan orang ramai, pihak bomba dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut," katanya di sini pada Ahad.

Keadaan Perodua Myvi dipandu mangsa selepas berjaya dikeluarkan daripada sungai di Kampung Amer, Besut.
Keadaan Perodua Myvi dipandu mangsa selepas berjaya dikeluarkan daripada sungai di Kampung Amer, Besut.

Jelas Abdul Rozak, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu dipercayai berlaku kerana mangsa tidak biasa melalui jalan di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang terselamat telah dihantar ke Hospital Besut dan berada dalam keadaan stabil.

"Kes ini disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!