Gempa bumi lemah dikesan berdekatan Semporna
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan 50 kilometer (km) dari Semporna, Sabah pada 2.49 petang Ahad.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak di kedudukan 4.4 darjah utara dan 118.9 darjah timur dengan kedalaman 10km.
Kenyataan itu memaklumkan gempa bumi tersebut tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!