'Beri laluan UMNO rampas kerusi DUN Sungai Bakap'

Pemimpin akar umbi UMNO mahukan Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada calon parti itu untuk bertanding pada PRK Sungai Bakap tidak lama lagi.
Pemimpin akar umbi UMNO mahukan Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada calon parti itu untuk bertanding pada PRK Sungai Bakap tidak lama lagi.
A
A
A

SUNGAI BAKAP - "Beri peluang kepada UMNO untuk rampas kerusi Sungai Bakap daripada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti."

Gesaan itu disuarakan pemimpin akar umbi UMNO yang mahukan Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada calon parti itu untuk bertanding pada PRK Sungai Bakap tidak lama lagi.

Menurut sumber, UMNO di Sungai Bakap masih mendapat sokongan pengundi khusus orang Melayu dan mampu menarik balik sokongan khususnya pengundi atas pagar serta golongan muda.

"Kawasan Sungai Bakap memiliki peratusan pengundi Melayu tertinggi iaitu hampir 60 peratus atau kira-kira 23,230 daripada jumlah keseluruhan pengundi iaitu seramai 39,187 orang.

"Jika diberi peluang tidak mustahil kerusi Sungai Bakap akan kita tawan semula ditambah dengan kerjasama serta gerak kerja jentera Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen nanti," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, meskipun pada saat ini pimpinan Kerajaan Perpaduan di negeri ini sepakat dengan pendirian untuk meletakkan calon PH namun ketika ini masih ada ruang perbincangan yang boleh dipertimbangkan demi memastikan kerusi berkenaan tidak terus dikuasai PN.

Tegasnya, pimpinan tertinggi PH juga perlu menghargai sumbangan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sehingga membolehkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri.

"Jangan lupa peranan dan sumbangan UMNO juga pada PRK Kuala Kubu Baharu yang mana kita berkerja keras untuk memastikan kemenangan calon PH.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya calon yang tepat diletakkan di Sungai Bakap kali ini, pastinya kita akan bekerja kuat untuk pastikan kemenangan dengan majoriti lebih hebat pada PRK nanti," tambahnya lagi.

UMNO pernah memegang kerusi DUN Sungai Bakap selama satu penggal iaitu dari tahun 2004 hingga 2008 menerusi Allahyarham Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

PKR pula menguasai kerusi tersebut selama tiga penggal menerusi Datuk Maktar Shapee (2008 hingga 2018) dan Dr. Amar Pritpal Abdullah (2018 hingga 2023) sebelum calon parti itu, Norhidayah Che Rose tewas di tangan Nor Zamri Latiff pada PRN yang lalu dengan majoriti 1,563 undi.

Berdasarkan rekod SPR untuk PRN 2023, DUN Sungai Bakap mempunyai 38,409 pemilih dengan 59.36% (Melayu), 22.54 peratus (Cina), 17.39 peratus (India), dan 0.71 peratus lain-lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!