Pemeriksaan Imigresen guna kod QR di KSAB lancar

Pelaksanaan pemeriksaan oleh Jabatan Imigresen menggunakan kod QR di pintu masuk Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di Iskandar Puteri bermula pada Sabtu, berjalan lancar. - Foto Jabatan Imigresen Johor

A
A
A

JOHOR BAHRU - Pelaksanaan pemeriksaan oleh Jabatan Imigresen Johor menggunakan kod QR di pintu masuk Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di Iskandar Puteri bermula pada Sabtu, berjalan lancar dan mendapat maklum balas positif.

Pemangku Pengarah Imigresen Johor, Mohd Faizal Shamsudin berkata, pelaksanaan penggunaan kod QR itu terbuka kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan perjalanan rentas sempadan ke Singapura dengan lebih mudah.

"Bagi fasa pertama, pelaksanaan kod QR hanya boleh digunakan oleh warganegara Malaysia yang menaiki bas dan motosikal di Kompleks Sultan Abu Bakar dengan melakukan pendaftaran MyTRIP yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera.

"Sebagai permulaan, bagi laluan Zon Motosikal sebanyak lima kaunter telah dibuka di laluan masuk dan lima kaunter di laluan keluar.

Pelaksanaan penggunaan kod QR itu terbuka kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan perjalanan rentas sempadan ke Singapura dengan lebih mudah. Foto Jabatan Imigresen Johor
Pelaksanaan penggunaan kod QR itu terbuka kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan perjalanan rentas sempadan ke Singapura dengan lebih mudah. Foto Jabatan Imigresen Johor

"Manakala di Dewan Bas terdapat empat kaunter di laluan keluar dan empat di laluan masuk. Pembukaan kaunter ini akan diperluaskan mengikut fasa secara berperingkat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohd Faizal berkata, pengembara yang sering melakukan perjalanan rentas sempadan melalui kaunter pemeriksaan Mbike, E-gate dan kaunter manual tidak perlu bimbang kerana kaunter pemeriksaan terbabit masih tersedia untuk digunakan.

"Bagi memudahkan perjalanan pengembara, Jabatan Imigresen akan sentiasa berkongsi maklumat aliran trafik dan keadaan semasa di dua pintu masuk utama menerusi media sosial rasmi jabatan dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

"Maklumat lanjut berkaitan penggunaan MyTRIP boleh dirujuk melalui aplikasi MySejahtera di ruangan soalan lazim MyTRIP.

Pengembara yang sering melakukan perjalanan rentas sempadan melalui kaunter pemeriksaan Mbike, E-gate dan kaunter manual tidak perlu bimbang kerana kaunter pemeriksaan terbabit masih tersedia untuk digunakan. Foto Jabatan Imigresen Johor

"Pengembara juga diingatkan untuk sentiasa memastikan ada membawa bersama pasport antarabangsa mereka pada setiap kali perjalanan keluar negara dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah ketika tiba ke negara yang dituju," katanya.

Berhubung pelaksanaan pemeriksaan Imigresen menggunakan kod QR di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ujarnya, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan permakluman rasmi berkaitannya akan turut dimaklumkan.

Pada 28 Mei lalu, kerajaan dilaporkan akan memuktamadkan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor selepas tempoh tiga bulan percubaan fasa pertama selesai dilaksana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fasa pertama Sistem Kod QR itu yang melibatkan warganegara Malaysia di BSI dan KSAB bagi mod perjalanan bas dan motosikal akan mula dilaksana bermula 1 Jun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!