Chang'e-6 berjaya mendarat di bulan

Chang'e-6 dilancarkan di bawah misi selama 53 hari pada awal Mei lalu. Foto Agensi
Chang'e-6 dilancarkan di bawah misi selama 53 hari pada awal Mei lalu. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Kenderaan robotik, Chang'e-6 milik China yang dilancarkan di bawah misi selama 53 hari pada awal Mei lalu berjaya mendarat di kawasan paling jauh di bulan pada Ahad.

Pendaratan itu dilakukan di permukaan Lembangan Aitken-Kutub Selatan, salah sebuah kawah hentaman terbesar dalam sistem suria.

Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China memaklumkan ia adalah pertama kali proses pengambilan sampel dari kawasan yang tidak pernah diterokai di bulan.

“Ia akan cuba mendapatkan sampel tanah dan batuan serta melakukan eksperimen lain di zon pendaratan tersebut,” kata Huang Wu di Perbadanan Sains Aeroangkasa dan Teknologi di Beijing.

Sementara itu, agensi berita Xinhua melaporkan proses tersebut dijangka selesai dalam tempoh dua hari.

“Chang'e-6 akan melaksanakan dua kaedah iaitu penggerudian bagi mengumpulkan sampel di bahagian bawah dan menggunakan tangan robotik untuk mengambil spesimen dari permukaan atas,” jelas laporan itu lagi. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!