Pekerja warga China jatuh tongkang ditemui lemas

Mangsa, Miao Baddong ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika melakukan kerja-kerja di atas tongkang berhampiran Pulau Tikus, di sini pada pagi Ahad.
Mangsa, Miao Baddong ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika melakukan kerja-kerja di atas tongkang berhampiran Pulau Tikus, di sini pada pagi Ahad.
A
A
A

GEORGE TOWN - Pekerja warga China ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika melakukan kerja-kerja di atas tongkang berhampiran Pulau Tikus, di sini pada pagi Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, mangsa dikenali Miao Baddong, 52, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 2.54 petang.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 8.14 pagi sebelum operasi SAR digerakkan di lokasi kejadian.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian selain operasi turut disertai pihak polis dalam mencari dan menyelamat mangsa.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

"Pos Kawalan Bomba (PKB) Pulau Andaman telah diaktifkan dan mayat mangsa telah berjaya dijumpai pada jam 2.45 petang," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Ahad.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!