Jumlah korban bencana alam di selatan Brazil cecah 171 orang

Sebanyak 171 orang telah terkorban akibat bencana alam terburuk yang pernah direkodkan di negeri Rio Grande do Sul, selatan Brazil. Foto Agensi
Sebanyak 171 orang telah terkorban akibat bencana alam terburuk yang pernah direkodkan di negeri Rio Grande do Sul, selatan Brazil. Foto Agensi
A
A
A

SAO PAULO - Sebanyak 171 orang telah terkorban akibat bencana alam terburuk yang pernah direkodkan di negeri Rio Grande do Sul, selatan Brazil, menurut agensi pertahanan awam negeri itu pada Sabtu.

Kes leptospirosis juga meningkat, kata agensi berkenaan, lapor Xinhua.

Sejak 29 April, banjir akibat hujan lebat dan sungai yang melimpah telah menjejaskan 2.39 juta orang dengan 43 orang dilaporkan hilang dan 617,900 lagi telah dipindahkan dari rumah mereka yang musnah atau terjejas banjir, menurut agensi itu.

Cuaca kering dalam minggu lepas memberi sedikit kelegaan kepada penghuni bandar-bandar yang terjejas dan membolehkan operasi menyelamat, pembinaan semula serta permulaan pembayaran bantuan kepada yang terjejas oleh kerajaan.

Bencana alam ini telah menjejaskan 475 daripada 497 perbandaran di Rio Grande do Sul, sebuah pusat pertanian penting di Brazil dan pengeluar utama beras di Amerika Latin. -Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!