ARC 2024: Malaysia gagal kekang asakan Korea Selatan

Pemain Bunga Raya 15s, Shobrey Amok berusaha melepasi halangan pasukan Korea Selatan dalam aksi ARC 2024 di Stadium Ragbi Asiad Namdong, Incheon pada Ahad. Foto KRM
Pemain Bunga Raya 15s, Shobrey Amok berusaha melepasi halangan pasukan Korea Selatan dalam aksi ARC 2024 di Stadium Ragbi Asiad Namdong, Incheon pada Ahad. Foto KRM
A
A
A

SKUAD ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) perlu melakukan lebih banyak kerja pengukuhan menjelang dua baki perlawanan Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) 2024 selepas ditumbangkan Korea Selatan, 5-55 pada Ahad.

Pengendali Bunga Raya 15s, Mohd Farid Syazwan berkata, barisan kejurulatihan melihat banyak kelompongan yang perlu diperbaiki sebelum berdepan Hong Kong diikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas ini.

"Ini bukan keputusan yang kita harapkan, namun barisan kejurulatihan akan berusaha menaikkan semula motivasi pemain-pemain.

"Ya, cabaran besar buat barisan kejurulatihan bagi memastikan pemain-pemain dapat bounce semula dalam baki dua perlawanan," katanya.

Pemain Bunga Raya 15s, S Sameer berjaya mendakap kemas bola lontaran ke dalam ketika aksi Malaysia menentang Korea Selatan pada Ahad. Foto KRM
Pemain Bunga Raya 15s, S Sameer berjaya mendakap kemas bola lontaran ke dalam ketika aksi Malaysia menentang Korea Selatan pada Ahad. Foto KRM

Mengenai perlawanan itu, Mohd Farid berkata: "Kita agak bergelut separuh masa pertama sebab lambat settle down ditambah pula dua kad kuning diterima menyebabkan momentum pasukan terus drop.

"Separuh masa kedua kita berusaha make a come back tapi beberapa kesilapan mudah menyebabkan pasukan dihukum lawan."

Bunga Raya 15's menyingkap kempen ARC 2024 langkah kiri apabila tewas kepada Korea Selatan di Stadium Ragbi Asiad Namdong, Incheon.

Artikel Berkaitan:

Anak buah Farid Syazwan terlebih dulu ketinggalan 0-38 hasil asakan angkatan tuan rumah sebelum skuad negara bangkit separuh masa kedua mengurangkan defisit sebelum tewas 5-55.

Hadir sama menyaksikan perlawanan itu Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Mohd Zamuri Khalid.

Bunga Raya 15s akan melayan kunjungan Hong Kong di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 8 Jun sebelum berkunjung ke Dubai berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan terakhir 21 Jun.

Sebagai rekod, kejuaraan ARC 2024 dijalankan menggunakan format saingan liga sepusingan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!