'Trump akan tetap bertanding meskipun dihukum penjara'

Habba (kiri) turut menghadiri perbicaraan Trump pada Khamis lalu. Foto Agensi
Habba (kiri) turut menghadiri perbicaraan Trump pada Khamis lalu. Foto Agensi
A
A
A

LONDON - “Tiada apa yang berubah. Trump akan tetap bertanding merebut jawatan di Rumah Putih.”

Pengesahan itu dibuat salah seorang peguam Donald Trump selepas timbul persoalan tentang pencalonan beliau selepas disabit bersalah di bawah 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan menerusi perbicaraan New York pada Khamis lalu.

Alina Habba memaklumkan mengenai perkara itu menerusi program temu bual BBC, Sunday with Laura Kuenssberg ketika menjelaskan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menjadi ‘mangsa politik dan pendakwaan terpilih’.

“Meskipun dihukum penjara, Trump tidak menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden AS pada November depan,” ujar Habba sambil menambah rayuan akan difailkan setelah hukuman diputuskan pada 11 Julai depan.

Imej bilionair hartanah itu kian tercalar selepas menjadi Presiden AS pertama berdepan tuduhan jenayah setelah beliau juga didakwa mendalangi rusuhan ganas di Capitol pada 2021. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!