Polis buru suspek baling pasu bunga ke arah balai polis

Polis memburu seorang suspek yang bertindak membaling pasu bunga ke arah anggota polis di Balai Polis Serdang pada Ahad.
Polis memburu seorang suspek yang bertindak membaling pasu bunga ke arah anggota polis di Balai Polis Serdang pada Ahad.
A
A
A

SERDANG - Marah diberi amaran kerana menunggang motosikal tanpa topi keledar, seorang suspek bertindak membaling pasu bunga ke arah anggota polis di Balai Polis Serdang pada Ahad.

Difahamkan kejadian jam 6.30 pagi itu dipercayai dilakukan oleh seorang suspek yang mabuk dan membonceng motosikal bersama rakannya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek tanpa memakai topi keledar telah berhenti di hadapan pintu pagar Balai Polis Serdang.

Beliau berkata, seorang anggota bertugas mahu bertanya kepada suspek, namun suspek yang merupakan pembonceng motosikal telah membaling pasu bunga jenis tembikar ke arah pagar sebelah kiri balai polis tersebut dan melarikan diri.

"Motif kejadian disyaki akibat rasa tidak puas hati kerana anggota bertugas telah memberi amaran kepada sekumpulan lelaki bermotosikal kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar, jam 2.30 pagi.

"Amaran itu diberikan di persimpangan lampu isyarat di jalan utama hadapan Balai Polis Serdang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tegas beliau, siasatan sedang dijalankan berhubung perkara itu dan pihaknya sedang giat mengesan suspek terlibat.

Jelasnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Serdang di talian 03-80742222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Hakimi di talian 011-17681105," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!