Islam idam status juara berganda UFC

Islam (kanan) bergambar dengan Poirier selepas acara UFC 302 berakhir. Foto Agensi
Islam (kanan) bergambar dengan Poirier selepas acara UFC 302 berakhir. Foto Agensi
A
A
A

ISLAM Makhachev tidak menyembunyikan niatnya untuk muncul juara berganda UFC selepas mengekalkan tali pinggang Lightweight buat kali ketiga berturut-turut pada Ahad.

Jaguh Dagestan itu mengukuhkan reputasinya selaku petarung pound for pound nombor satu di dunia selepas menumpaskan Dustin Poirier di UFC 302.

Petarung berusia 32 tahun itu menewaskan Poirier menerusi teknik D'Arce Choke (kuncian tangan dan kepala serentak) untuk menamatkan pertarungan dalam tempoh 2 minit dan 42 saat di pusingan kelima.

Selepas diumumkan pemenang, Islam memberitahu pengulas UFC, Joe Rogan bahawa dia sudah bersedia untuk beralih ke divisyen Walterweight untuk status juara berganda.

“Joe, apa lagi yang saya mahukan dalam divisyen saya? Saya mahu tali pinggang baharu.

“Apa pun, pertarungan hari ini melangkaui jangkaan saya. Dustin berjaya menahan dirinya daripada takedown dan pujian harus diberikan kepadanya.

“Dustin petarung yang hebat dan dia adalah legenda dalam sukan ini,” ujar Islam.

Petarungan di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) itu turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Numagomedov ke Oktagon untuk berada di penjuru kem Islam bersama ketua jurulatih mereka, Javier Mendez.

Artikel Berkaitan:

Islam dinobat juara Lightweight buat kali pertama selepas menumpaskan Charles Oliveira dalam UFC 280 di Abu Dhabi pada 22 Oktober 2022.

Sementara itu, Poirier mengesahkan UFC 302 adalah aksi terakhirnya di Oktagon.

Petarung asal Lafayette, Louisiana itu mahu bersara daripada sukan seni bila diri campuran (MMA) bagi menumpukan keluarga dan perniagaan kecilnya.

Sebelum aksi UFC 302, kedua-dua petarung bertegang urat di atas pentas selepas Poirier mengeluarkan kata-kata kesat kepada Islam.

Poirier menyebut perkataan m*****f***** kepada Islam, sekali gus membangkitkan kemarahan petarung Dagestan itu.

Namun, sehari selepas itu Poirier memohon maaf kepada Islam sambil menegaskan dia tidak berniat menyinggung atau menghina keluarganya.

Pengurus Islam, Ali Abdelaziz turut menjelaskan kepada jaguh Dagestan itu bahawa sebutan m*****f***** digunakan secara santai dan ia hanyalah salah faham disebabkan perbezaan budaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!