Misteri jeritan wanita kesakitan di tengah malam

Rakaman itu dikatakan menimbulkan ketakutan kepada penduduk. Foto Agensi
Rakaman itu dikatakan menimbulkan ketakutan kepada penduduk. Foto Agensi
A
A
A

KOTA BOGOR - Penduduk di Bogor, Indonesia heboh dengan rakaman video jeritan wanita pada waktu tengah malam.

Klip yang merakamkan suara misteri teriakan wanita seperti sedang kesakitan itu turut menjadi tular di media sosial pada minggu lalu dan mengundang pelbagai reaksi warganet.

Sehingga kini, tidak jelas punca suara tersebut yang turut menarik perhatian sejumlah penduduk di wilayah Menteng, Bogor Barat di Kota Bogor.

"Saha ieu (siapa ini)?" soal perakam video itu seperti dilaporkan detikcom pada Sabtu.

Jeritan wanita itu dikatakan berlaku selama tiga hari berturut-turut dan waktu yang sama pada jam 11.46 malam (waktu tempatan).

Susulan insiden itu, pihak berkuasa di Bogor Barat memaklumkan mereka belum menerima sebarang aduan daripada penduduk, namun beberapa anggota telah dikerahkan untuk memeriksa lokasi berkenaan.

Jurucakapnya, Sudar berkata, mereka turut mendapatkan keterangan daripada penduduk setempat dan ada yang mendakwa tidak pernah mendengar suara tersebut.

"Mereka tidak tahu apa-apa. Ada yang maklumkan ia mungkin dirakamkan di lokasi lain," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang penduduk, Daman Huri, 60, memberitahu tiada jeritan wanita seperti yang didakwa.

"Saya baru sahaja melihat video itu. Ia juga bukan bunyi haiwan dan mungkin 'suara' mesin gerinda," katanya yang cuba menepis unsur mistik dalam kejadian tersebut. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!