Hezbollah teruskan serangan di Israel
NAHARIYA - Serangan dron dilancarkan kumpulan pejuang Lubnan Hezbollah mengenai bandar pesisir pantai Nahariya di Israel pada Ahad.
Bagaimanapun menurut IDF dan media tempatan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan hanya menyebabkan kebakaran.
Siren serangan udara yang berbunyi menyebabkan kira-kira 75,000 penduduk bandar itu lari bergelimpangan mencari perlindungan.
Tentera Israel bagaimanapun mendakwa mereka bertindak balas sepanjang hari dengan menyerang sasaran Hezbollah yang dilakukan secara berterusan dari Lubnan di utara Israel.
Nahariya terletak kira-kira tujuh kilometer dari sempadan Lubnan.
IDF dalam satu kenyataan mendakwa bahawa mereka cuba untuk memintas dron itu namun gagal.
Rakaman TV Reuters menunjukkan pasukan keselamatan Israel kemudian mengeluarkan satu objek dari kawasan kebakaran, yang berada di tepi jalan di bandar itu. - Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!