Bayern berminat dapatkan Bruno Fernandes

Bruno Fernandes.
Bruno Fernandes.
A
A
A

MANCHESTER United tidak mengubah pendirian untuk menjual kebanyakan pemain mereka di sebalik minat beberapa pasukan terhadap pemain tengah, Bruno Fernandes.

United dilaporkan mengetahui ejen Fernandes membuka rundingan dengan Bayern Munich berikutan prestasi kelab itu yang mengecewakan musim lalu.

The Red Devils hanya mampu berada di kedudukan kelapan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berakhir dengan kedudukan terbawah kumpulan Liga Juara-Juara.

Rombakan skuad utama dijangka pada jendela perpindahan musim panas akan datang, walaupun United mempunyai dana terhad disebabkan peraturan Financial Fair Play.

Ini bermakna penjualan pemain bintang kelab itu hampir pasti akan berlaku.

Memandangkan tahap prestasinya yang tinggi walaupun kempen United yang suram, Fernandes akan menjadi salah seorang yang mungkin menarik perhatian kelab lain.

Bayern dikatakan mempunyai minat terhadap pemain tengah itu, walaupun kontraknya masih berbaki dua tahun lagi.

Menurut laporan media luar negara, O Jogo, ejen Fernandes, Miguel Pinho, sudah pun membuka rundingan dengan Bayern mengenai perpindahan yang berpotensi itu.

Artikel Berkaitan:

Menurut Daily Telegraph pula, United bersedia untuk mendengar tawaran untuk pemain-pemain utama mereka.

Malah, hanya Kobbie Mainoo, Rasmus Hojlund dan Alejandro Garnacho dilihat akan dikekalkan.

United tidak mengubah pendirian untuk menjual kebanyakan pemain mereka di sebalik minat beberapa pasukan terhadap pemain tengah, Bruno Fernandes.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!