Sila log masuk terlebih dahulu.

'Saya nak papa, mama' - Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak

A
A
A

BERITA SEMASA 3 JUN 2024

"Saya nak papa...mama," demikian luahan Qaisara Damia Ridwan Effendy, 15, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di jalan Gua Musang - Lojing pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Qaisara Damia meluahkan perasaan itu semasa pengkebumian kedua ibu bapanya iaitu Ridwan Effendy Yusof, 43, dan Suhana Khairudin, 37, di Tanah Perkuburan Islam Tunjong di Kota Bharu pada Isnin.

Tindakan anak sulung daripada dua beradik itu mengundang sebak kepada ahli keluarga, sanak saudara dan orang ramai yang menghadiri pengkebumian tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/668054/berita/semasa/saya-nak-papa-mama---anak-sulung-pasangan-suami-isteri-maut-undang-sebak

Muzik: Bensound Ofelia's Dream