Memoir Seorang Guru terima maklum balas positif

Rosyam tampil dengan lakonan mantap sebagai seorang guru.
Rosyam tampil dengan lakonan mantap sebagai seorang guru.
A
A
A

SETELAH empat hari ditayangkan di pawagam bermula pada Khamis lalu, filem Memoir Seorang Guru mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Penerbitnya, Datuk Arisz Ab. Rahman berkata, setakat ini rata-rata mereka yang menonton memberikan maklum balas yang positif.

“Saya bersyukur kerana filem yang diadaptasi daripada novel karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah ini mendapat tempat di hati penonton Malaysia.

“Kalau melihat kepada komen-komen penonton di media sosial, ramai yang memuji dan memberikan rating yang tinggi untuk filem ini,” ujarnya.

Filem arahan Kyoll Hamzah mengisahkan tentang Cikgu Sunan yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah di pedalaman dan ditugaskan menjadi guru kelas di kelas paling corot.

Ia membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor yang membawakan watak Cikgu Sunan serta Nabila Huda, Johan As’ari, Zul Huzaimi, Hariz Hamdan dan Trisha Ooi.

Sementara itu, Arisz berkata, meskipun terpaksa bersaingan dengan beberapa filem lain, namun Memoir Seorang Guru tetap menjadi pilihan penonton.

Artikel Berkaitan:

Rosyam dan Ellie Suriaty antara tunggak utama Memoir Seorang Guru.
Rosyam dan Ellie Suriaty antara tunggak utama Memoir Seorang Guru.

Oleh yang demikian, beliau menyeru agar mereka yang masih belum menonton terus menyerbu pawagam berdekatan beramai-ramai.

Jelasnya, rakyat Malaysia seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menonton Memoir Seorang Guru kerana ia sebuah naskhah sangat dekat jiwa dan menyentuh perasaan.

“Kita semua pernah menjadi anak murid, jadi filem ini memang sangat dekat dengan diri kita. Saya percaya, filem ini dapat mengimbau semula ketika zaman persekolahan dulu.

“Pesanan saya jangan lupa sediakan tisu sebelum menonton kerana ada babak-babak yang menyentuh hati dan perasaan sehingga mengalirkan air mata,” ujarnya.

Pada masa sama, Arisz merayu penonton untuk ke pawagam bagi menunjukkan sikap patriotik pada karya tempatan yang berkualiti pada saat filem ini bersaing dengan filem besar dari luar negara.

“Jika kita boleh tengok filem Thailand dan Indonesia kenapa kita tak boleh sokong filem Malaysia yang mendapat review positif daripada penonton " ujarnya yang kini berada di tanah suci bagi menunaikan fardhu haji.

Sudah mula ditayangkan di pawagam pada 30 Mei lalu, filem Memoir Seorang Guru telah meraih kutipan sebanyak RM350,000 dalam tempoh tiga hari tayangan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!